Hari ini terasa malas lagi. Haish. Kalau setiap hari malas, what's going to happen to work? Baik berhenti kerja sahaja dari hari-hari makan gaji buta dan duit gaji itu jadi duit haram kerana I don't deserve it. Apa nak jadi dengan diri ini? Tetapi aku ingin mencuba untuk tidak bermalasan supaya hari ini tidak menjadi Hari Malas Sedunia lagi. Jadi tadi terfikir mungkin dengan menulis blog boleh bagi semangat sikit? Hehe
Semalam, 4.30 je terus aku chow balik. Tak pernah aku balik seawal tu. Sampai Izan pun tanya awalnya balik? Sebab it really was a miracle bila aku balik lagi cepat dari Izan. Heh. Maka, aku dan Azi pergi shopping kat Giant tapi balik dengan perasaan hampa dan kecewa. Mana pergi semua barang-barang dalam Giant??? Sedih harapan nak makan sayur pak choy tak tercapai. Tapi kami beli juga daging buffalo (cow tiada dalam pasaran), kacang panjang, sayur baby butterhead (comel kan nama sayur ini?).
Hasil masakan ialah daging black pepper, sayur baby butterhead masak sos tiram (comel sungguh nama sayur!) dan kacang panjang makan dengan tempoyak. All in all, one superb dinner. Sungguh tidak sangka kami mampu memasak secukup rasa walaupun tanpa bantuan deria rasa (maksudnya sini masak tak boleh nak rasa sebab puasa). Gambar ada dalam telefon tetapi tiada kemudahan untuk transfer. Tutup mata dan bayangkan sahaja.
Hari ini masak apa kau tanya? Semalam dah plan nak masak sardin, sayur baby butterhead lagi dan telur dadar. Kami semalam siap rancang nak buat siap-siap everyday menu for the rest of puasa supaya boleh rancang stok bahan mentah untuk dibeli. Haha. Perkara yang menggembirakan hati bila tensi dengan kerja. Maka, hari ini kalau aku bosan di ofis akan rancang menu untuk setahun.
Speaking of happy things, today is Wednesday! Hari yang dinanti pada minggu ini. That should be enough to give me that extra dose of semangat and happiness.
Mari buat kerja.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 ur say?:
semangat memasak.. bagos2.. aku jugak semangat memasak.. smlm aku xjd masak kurma ayam..aku ngan zafrul bebuka dgn durian.. wat pulut durian.. wahhh best gile..
tahniah! anda sekarang dah layak berhenti pekerjaan yang dibenci dan jadi surirumah kesukaan suami! heh
Post a Comment