20090828

Hari ini aku berpakaian paling sempoi ke ofis. Seluar slack hitam dan t-shirt Giordano hitam (dengan huruf C warna gold besar kat depan bertulis Creativity provides opportunity; Innovation provides leadership) Kalau sesiapa nampak seseorang pakai macam ini tudung silver sila jangan tegur sebab aku sangat stress hari ini.

Sebab apa pakai macam ini kamu tanya? Sebab hari ini kononnya ada Big Cleaning Day. Tapi sesampainya di pejabat pagi tadi sumpah rasa nak balik aje tukar baju. Kenapa semua orang pakai baju pekerjaan biasa? Kenapa? Orang yang semalam cakap kepada aku hari ini pakai baju sukan dengan nada ala-ala 'Of course. Itu pun tak tahu ke?' pun pakai baju pekerjaan dia. Damn you. Oops, I mean dang. Apakah ini Big Cleaning Day? Siapa punya idea otak ini? Kalau begini la gayanya, di mana 'big' nya? Baik sendiri-sendiri buat sahaja. Tsk. Sumpah rasa nak balik rumah pagi tadi. Sumpah. Terpaksa pakai blazer setiap masa dan berlagak cool macam seorang pekerja swasta yang selalu pakai suit smart ke pejabat.

Pahala puasa hari ini sangat kurus. Sana tidak kena, sini tidak kena, maka tidak boleh mengelak dari mengumpat. Chait!!

Hari ini perasaan rasa seperti dibuli. Work-wise. Tapi ini tiada kaitan dengan insiden kesalahan memalukan baju tadi. Tapi kenapa wei kenapa? Tapi tadi aku buka blog Wahida dan nampak quote dia yang ini:


~Kadang-kadang Allah hilangkan sekejap matahari kemudian Dia datangkan pula guruh dan kilat. Puas kita menangis mencari mana matahari kita. Rupa-rupanya Allah nak hadiahkan kita pelangi yang indah~
Ceh kau Wahida. Kenapa tak bagi aku copy benda kat website hang? Dah aku kena taip balik. Tsk. Kena buli..

Hmm.. Kena fikir selalu tentang ini untuk menyenangkan hati. Tapi God, kenapa macam susah sangat saya rasa sometimes... Nasib ada itu orang yang setiap kali saya bersamanya terasa macam ada banyak butterflies fluttering in the stomach. And I thank you God for that one precious gift.

Later, I'm gonna head back to the pensioners town. Semoga masakan emak yang enak harum sedap mata memandang sedap tekak memakan akan tersedia menunggu di rumah untuk menghilangkan gundah gulana hati aku ini.

Agak-agak highway ke Utara jam tak hari ini?

3 ur say?:

w|cKa` said...

aku juga rindu masakan ibuku tp tepaksa makan masakan ibu dia puas2 di bulan posa ni supaya dpt beraya dgn masakan ibuku.. huhu

ad|haw33da said...

maafla syg... i kedekut skit tak bagi u copy paste dengan mudahnya. ehehe... boleh je sebenarnya copy. biler dah select mende yg u nak copy, guna short cut ctrl+c. cuma tak leh copy ngan right klik je. nak susahkan org yg nak copy. hiksss...

kenapa baca blog u kebelakangan ni struktur ayatnya cam lain skit. macam.... ntah le. tak tau nak kata camne. tapi memang lain macam. pe2 pun, i enjoy baca. (^_^)

mysenoir said...

izan: ok la tu

weeda: ape yg lain beb? agaknya sebab aku guna bahasa full kot. hehe