20100629

Sejak aku berjinak-jinak pakai tudung jenis shawl ni, kalau try nak pakai tudung bawal/tudung biasa jenis kotak segiempat sama (iaitu tudung selain shawl panjang la) mesti jadi susah. Susah tu maksudnya nanti saje jela kan tudung tu tak boleh shape la, dah tak reti nak susun baki tudung kat depan tu dan lain-lain hal lagi.

Aku memang suka pakai shawl ni sebab tak payah nak pike tudung tak shape ke hape. Letak je kat kepala tu nah amik ko melekat tros. Tak kisah la orang kata muka aku bulat ke bujur ke petak tepak sireh ke janji senang. Kadang2 tudung tak payah gosok pun. Capai je boleh tros lilit. Everything in life should be as simple as that kan? Lagi satu kalo angin bertiup sekencang ribut taufan el-nina mesti tudung aku mantain statik takkan terbang punyalah. Dahlah design cantik2 menawan harganya semurah RM10 satu. Murah kan kan? Kan? Memang durjana penipu harga RM10 tu sebab dia memang mendorong aku borong banyak dalam sekali beli. Sebab dalam minda pike "Ala.. 10ringgit je pun kan? what de hal". Memang what the $%^#.

Staff ofis ade yang kata tak payah la pakai tudung bawal. Nampak pelik muka aku. Kat ofis ni aku je yang pakai shawl nih setakat ni. Trendsetter ke?? Haha. Except ada sorang dua budak praktikal ni. Yang lain glamour dengan tudung sinetron (awning kat depan) yang aku still belum ada minat nak apply konsep tu dalam pemakaian tudung aku. Tapi dah berangan nikah kahwin nanti nak pakai. Hehe. Ada jugak yang tanya2 camne Cik Mai lilit tudung ni? Susah ke? Siap ade yang cakap "alaa.. dah habis. tak sempat" bila time dia masuk surau aku dah siap pakai tudung (Dia tak sempat nak belajar. Wow! Layakkah aku jadi cikgu? Murid2 sekalian. Haip haip. Lilit betul2). Tahukah kakak2 sekalian, aku main pusing ikut sedap je benda ni. Hehe.

Sekarang ni ade plak fashion anak tudung syria. Macam-macam kaler, macam-macam lapis sampai lima sepuluh lapis. Aku baru nak mula kumpul. Dulu tak nak pakai sebab rasa muka macam lagi bulat bila pakai tapi then kakak aku kata "Hang ingat pakai shawl tu muka hang tak bulat ke?" Dasss.. kena satu ayat pedas. Heheh. Fine, aku tau muka aku memang bulat.

Kesimpulannya? Pakai je apa ko nak. Yang penting confident! :)

Entry ini tercipta sebab hari ni aku pakai tudung bawal. Dia tak shape. Dia bersepah kat depan walaupun dah cuba pin se'neat' mungkin. Dia membuatkan aku lambat keluar rumah, tekan minyak kereta macam madness dan sampai ofis cun2 kol8. Fuh. Patutkah aku say babai to bawal?

20100628

I hate my work sometimes. And I hate the people working around me sometimes. If only masing-masing buat kerja masing-masing properly, things would be easier. But then, manusia ni macam-macam perangai.

I'm not asking much. Aku hanya suruh kau buat kerja ko sendiri, yang memang k0 dibayar gaji untuk buat benda tu. Susah ke?

Lagi satu, gatal tangan pi amik benda atas meja aku tu nape? Lain yang aku suruh amik, lain yg ko angkat sekali. Sekarang dah hilang or misplaced or whatever lah atas meja ko yang serabut tu tahun bila pulak baru nak jumpa tu? Sheesh.

20100623

Some people just dream too big. Or just good in taking advantages perhaps?

Kau sebagai company yang nak membangunkan something. Kau janjikan macam-macam masa nak sign agreement. Lepas tu satu pun tak berjalan. Then kau harapkan seed money untuk kick off projek kau. Kalau camtu then why la kau propose in the 1st place?

Lepas tu bila deal dengan orang takde hitam putih. Bak kata bos aku surat taik cicak. Kau pulak cerita sana sini kata-kata kosong tu. Mana surat buktinya tuan oi...

Kalau bagi kau duit 10 juta pun kau mampu ke nak bangunkan projek tu? Business plan pun tak bagus. Bila mintak lagi ade ke kau nak hantar je yang lama. Lepas tu ada hati nak suruh jual pasir kat sana duit bagi kat kau? Ohohoho.

20100617

Ada hari-hari yang kerja memang macam gampang. Macam kalau orang free hair dikatakan bad hair day. Orang yang pakai tudung macam aku pulak mungkin boleh panggil bad tudung day. Whatever it is, kerja memang kadang-kadang macam 'tutt'.

Politicians made me go blergh.

Numbers made me feel sick.

And you? You just made me go bla bla bla..

Yang penting, Lin Kampo dah ada blog y'all! You can go cekidaut here. Heheh. Cayalah kampo! Siap quote ayat pemalas aku lagi tuh.