20090828

Hari ini aku berpakaian paling sempoi ke ofis. Seluar slack hitam dan t-shirt Giordano hitam (dengan huruf C warna gold besar kat depan bertulis Creativity provides opportunity; Innovation provides leadership) Kalau sesiapa nampak seseorang pakai macam ini tudung silver sila jangan tegur sebab aku sangat stress hari ini.

Sebab apa pakai macam ini kamu tanya? Sebab hari ini kononnya ada Big Cleaning Day. Tapi sesampainya di pejabat pagi tadi sumpah rasa nak balik aje tukar baju. Kenapa semua orang pakai baju pekerjaan biasa? Kenapa? Orang yang semalam cakap kepada aku hari ini pakai baju sukan dengan nada ala-ala 'Of course. Itu pun tak tahu ke?' pun pakai baju pekerjaan dia. Damn you. Oops, I mean dang. Apakah ini Big Cleaning Day? Siapa punya idea otak ini? Kalau begini la gayanya, di mana 'big' nya? Baik sendiri-sendiri buat sahaja. Tsk. Sumpah rasa nak balik rumah pagi tadi. Sumpah. Terpaksa pakai blazer setiap masa dan berlagak cool macam seorang pekerja swasta yang selalu pakai suit smart ke pejabat.

Pahala puasa hari ini sangat kurus. Sana tidak kena, sini tidak kena, maka tidak boleh mengelak dari mengumpat. Chait!!

Hari ini perasaan rasa seperti dibuli. Work-wise. Tapi ini tiada kaitan dengan insiden kesalahan memalukan baju tadi. Tapi kenapa wei kenapa? Tapi tadi aku buka blog Wahida dan nampak quote dia yang ini:


~Kadang-kadang Allah hilangkan sekejap matahari kemudian Dia datangkan pula guruh dan kilat. Puas kita menangis mencari mana matahari kita. Rupa-rupanya Allah nak hadiahkan kita pelangi yang indah~
Ceh kau Wahida. Kenapa tak bagi aku copy benda kat website hang? Dah aku kena taip balik. Tsk. Kena buli..

Hmm.. Kena fikir selalu tentang ini untuk menyenangkan hati. Tapi God, kenapa macam susah sangat saya rasa sometimes... Nasib ada itu orang yang setiap kali saya bersamanya terasa macam ada banyak butterflies fluttering in the stomach. And I thank you God for that one precious gift.

Later, I'm gonna head back to the pensioners town. Semoga masakan emak yang enak harum sedap mata memandang sedap tekak memakan akan tersedia menunggu di rumah untuk menghilangkan gundah gulana hati aku ini.

Agak-agak highway ke Utara jam tak hari ini?

20090827

Semalam kami masak lauk sardin dan telur dadar (yang ini Azi masak) dan sayur butterhead dengan sos tiram (yang ini aku masak tapi teknik lain dari hari sebelumnya). Bukan nak bangga diri tapi MasyaAllah kenapa rasa makanan kami semalam sangat sedap ye? Hahah. Mungkin sebab sangat lapar dan mungkin sebab simplicity is the best policy.

Bulan puasa ini asyik makan banyak saja. Semalam makan banyak lagi sebab Azi masak nasi satu suku. Kalau tiga orang masak satu setengah. Kalau dua orang kenapa pulak masak satu suku? Teehee. Azi dah pening sebab lapar kot. Hari ini entahla nak masak apa. Esok kita cerita lagi ye.

Speaking of tomorrow, ofis ada Big Cleaning Day 5S. Harap-harap esok I can really clear up everything and melaksanakan 5S dengan jayanya. Tapi rasanya satu hari mana mampu settle semua. Dream on. Okay tidak mengapa. At least selesai sikit. That's better than nothing.

Mari sambung kerja. There is approximately another 27 minutes to go.

20090826

Hari ini terasa malas lagi. Haish. Kalau setiap hari malas, what's going to happen to work? Baik berhenti kerja sahaja dari hari-hari makan gaji buta dan duit gaji itu jadi duit haram kerana I don't deserve it. Apa nak jadi dengan diri ini? Tetapi aku ingin mencuba untuk tidak bermalasan supaya hari ini tidak menjadi Hari Malas Sedunia lagi. Jadi tadi terfikir mungkin dengan menulis blog boleh bagi semangat sikit? Hehe

Semalam, 4.30 je terus aku chow balik. Tak pernah aku balik seawal tu. Sampai Izan pun tanya awalnya balik? Sebab it really was a miracle bila aku balik lagi cepat dari Izan. Heh. Maka, aku dan Azi pergi shopping kat Giant tapi balik dengan perasaan hampa dan kecewa. Mana pergi semua barang-barang dalam Giant??? Sedih harapan nak makan sayur pak choy tak tercapai. Tapi kami beli juga daging buffalo (cow tiada dalam pasaran), kacang panjang, sayur baby butterhead (comel kan nama sayur ini?).

Hasil masakan ialah daging black pepper, sayur baby butterhead masak sos tiram (comel sungguh nama sayur!) dan kacang panjang makan dengan tempoyak. All in all, one superb dinner. Sungguh tidak sangka kami mampu memasak secukup rasa walaupun tanpa bantuan deria rasa (maksudnya sini masak tak boleh nak rasa sebab puasa). Gambar ada dalam telefon tetapi tiada kemudahan untuk transfer. Tutup mata dan bayangkan sahaja.

Hari ini masak apa kau tanya? Semalam dah plan nak masak sardin, sayur baby butterhead lagi dan telur dadar. Kami semalam siap rancang nak buat siap-siap everyday menu for the rest of puasa supaya boleh rancang stok bahan mentah untuk dibeli. Haha. Perkara yang menggembirakan hati bila tensi dengan kerja. Maka, hari ini kalau aku bosan di ofis akan rancang menu untuk setahun.

Speaking of happy things, today is Wednesday! Hari yang dinanti pada minggu ini. That should be enough to give me that extra dose of semangat and happiness.

Mari buat kerja.

20090825

Hari ini sumpah Hari Malas Sedunia. Sumpah aku rasa malas sangat. Tiada alasan kenapa malas. Memang tiada alasan dan tidak perlu reka alasan kerana sememangnya malas. Walaupun ofis memang sejuk (alasan malas sebelum ini). Aku memang malas hari ini. Fullstop.

Malas. Malas. Malas.

Terasa nak berhenti kerja. I have said this countless time. Mostly to Amar but I think ini semua cakap sahaja. Sanggup ke aku nak berhenti kerja? Lepas susah payah going through all the process. Those 6 months of pure torture? Paling utama, mampu ke aku berhenti kerja?

Aku nak bekerja dan aku boleh suka bekerja tetapi bila semua terlampau banyak menyesakkan otak, kepala, fikiran etc di masa itu lah yang aku rasa nak baling sahaja semua fail-fail ini. As I have said before, I crack easily under pressure. Proven.

Rabu.. Rabu..

20090824

Waktu rehat secara rasminya telah bermula 3 minit yang lalu. Tapi aku sebenarnya dah curi-curi main Internet 10 minit yang lalu. Selain itu,curi-curi tengok email dan blog orang lain jugak kadang-kadang. Ampunn... Hamba tertekan dan bosan dengan kerja in which i need something to de-stress. Tidak mengapa. Sendiri buat, sendiri tanggung dan sendiri tahulah bagaimana nak counter balik every action we took right?

I am so lucky berjaya ada speaker kat bilik ini (curi dari rakan bilik sebelah bila dia dah bertukar dan orang baru belum datang ganti lagi tempat dia). Bila ada speaker boleh juga Anuar Zain atau Duta atau sesiapa sahaja yang ada dalam playlist aku menemani ketika tensi. Tidak mengapa. Orang baru macam serius jenis tak suka dengar lagu saja (i guess). Tapi hari tu macam ada dengar bunyi lagu Faizal Tahir dari bilik dia (dia minat Faizal Tahir??). Hmm.. berjaya cari speaker baru kot. Tidak mengapa. Kita masih berkawan kan S walaupun aku curi speaker kat bilik kau tanpa pengetahuan kau?

Hari ini hari ketiga berpuasa. Hari pertama berjaya puasa di rumah dengan sihat separuh hari sahaja. Selebihnya pening yang teramat dan dihabiskan dengan tidur. Sempat belajar buat sos nasi ayam sahaja (awalnya berangan nak ambil resepi nasi ayam hebat mak). Hari kedua what a miracle! Tiada pening atau fatigue langsung sedangkan berjalan-jalan dengan Amar. Mungkin kegembiraan mendapat dua benda baru itu mengatasi segala-galanya (horray!). Hari ketiga ialah hari ini. Don't know yet how it will end. Setakat ini merasa okay sahaja. Perut ada juga menyanyi tapi volume perlahan lagi.

Am feeling sad. Hari pertama berbuka dengan nasi ayam hebat mak di rumah. Hari kedua berbuka dengan Amar kesayangan. Hari ketiga? Mestilah kena berbuka secara bujang. Tsk tsk

Itu cerita puasa. Cerita kerja kau tanya? Hmph. Tidak perlu kot membebankan fikiran fikir tentang kerja di masa rehat ini. Atau kejap lagi lepas habis blogging dah kembali ke dunia unit pening boleh fikir. Mesin perfume (tak tau apa nama sebenar dia) baru je berhembus mengeluarkan bauan lemon yang menyucuk hidung. Wangi sangat ni sampai ada potensi pening dan menahan nafas setiap kali dia hembus. Perlu buat sesuatu.

Sekarang ini ingin dinyatakan tidak sabar tunggu hari Rabu. Da di da...

20090821

Can't wait for Sunday. Two new things await me. InsyAllah.. yippeeee!! :)

Okay, now i wanna wish everybody Happy Saturday and Sunday.

Also, salam Ramadhan. Selamat berpuasa dan semoga Ramadhan tahun ini membawa a gazillion of blessings for each and everyone of us..

Off to the pensioner's town now..
Just got back from lunch. Seperti biasa tadi aku pusing taman. Hah. Terasa macam aku ni some kind of pegawai penguasa pulak setiap Jumaat pergi pusing taman mencari pesalah-pesalah yang tak sembahyang Jumaat. Tapi taman tu memang on the way nak balik ofis pun.

Seperti biasa ada juga umat golongan tersebut tadi. Ada yang dating dengan awek. Ada sorang parking motor lepas tu tidur atas motor tu. Uhukuhuk. Sedihnya aku tengok.. Anyway, aku komen orang macam lah aku ni perfect sangat. Tapi, aku cuba sebaik-baiknya setiap hari untuk menunaikan segala yang wajib. And i admit yang sunat aku kadang-kadang je. Huuuu

Just to recap the movie i saw last night, which is

I Love You Beth Cooper

Tak perlu tengok la ye peeps. Tidak best. Memang ia hiburan yang boleh tengok-gelak kuat-kuat atas lawak yang mostly ada unsur lucah-tak perlu berfikir-relax je sandar tengok kind of movie. Ini hiburan yang macam American Pie, Superhero Movie dan angkatan seumpamanya yang aku tak berapa suka sangat. Gelak funny tapi tidak mendatangkan kepuasan macam kalau kita tengok 27 Dresses, Shopaholic Movie tu. Tapi this is the only choice semalam. Tapi kau-kau semua nak tengok pun tak kisah. Apa salahnya
The office is effing cold today. Agaknya ada orang lupa tutup aircond semalam sebab masa aku sampai ofis pagi tadi cermin tingkap berkuap-kuap (ada sejatan air). Maka, hari ini memang rasa malas nak bekerja. Tapi tetap buat kerja cuma dalam kadar yang teramat perlahan/ lembab. Typing is hard too since my hand feels so numb from the cold. Sheesh

Ok. This entry is short sebab jari aku seumpama tak mampu bergerak ni. huhu (drama gila)

20090815

<3


Ngeh ngeh. Saja membuang masa edit gambar whereas i should be doing my work.. dang.
Pictures from last week's lepaking. Weekend with Amar is always great walaupun tiada buat apa-apa just makan-makan jalan-jalan with bloated stomach sampai sakit kaki dan lepak kedai buku :)


Nasi ganja. The one listed down as one of my favourite foods. Just look at the crowd. Ramai kan? And I have met Sharifah Amani, arwah Yasmin Ahmad, Aishah Sinclair and ada lagi tak ingat during my numerous visits here

Amar looking bercahaya, beriman, beramal. Bahaha

And me looking happy tak sabar nak makan

Sadly, no pictures of the nasi wanggey was taken since we were both so hungry and immediately digged in the food upon the mamak placing it on our table. Heh. And I bought two more books on the weekend. Eat Pray Love by Elizabeth Gilbert and A Bend In The Road by Nicholas Sparks. The latter was bought for only RM8 at a second hand bookstore. You tell me how could I resist an 8 ringgit book?? Amar pulak was sweet enough to besabar je tunggu saya belek buku lama-lama. But I know mesti dalam hati mengomel. I seriously need to stop buying more books and finish the one I have first. Ini the current books I have tapi dah baca sikit-sikit sana-sini

The Secret by Rhonda Byrne. A gift from my sis. Yet unopened and still in it's plastic wrapping

Slumdog Millionaire by Vikas Swarup. Seen the movie and need to read the book to compare. Heh

The Last Lecture by Randy Pausch. Bought at the MPH sale

Newest addition. Eat Pray Love by Elizabeth Gilbert

New but old. A Bend in The Road by Nicholas Sparks

Jadi, mari membaca semua! And make it our habit. It used to be mine tapi since I started working at this new place, dah kurang masa nak membaca since i was too tired from the day's hard work. Tak mengapa. Akan berusaha kembali

20090814

I just got back from lunch outside. Had McD again. Twice for the week. Padah kerana mengutuk katik loser berbalik kepada diri sendiri kerana akhirnya i was the one who was left alone for lunch. The original plan was to have cheesy wedges but couldn't find a parking spot. Makanya aku menuju ke drivethrough McD. On the way back to the office lalu balik tepi KFC tu nampak banyak pulak parking. Adalah dalam 4 tmpat kosong. And that is only natural lah. Bila kita nak sangat mesti takde and bila kita tak nak tu masa tu la banyak sangat. Contoh paling realistik bila ada duit nak pergi shopping tak jumpa pun barang apa kita nak cari. Tapi bila tengah takde duit, broke to the max masa tu la bermacam-macam benda ada dan teringin.

At the drivethrough just now, i saw 2 guys who had the nerve to sit there and ate their value meals (yang murah masa lunch hour semurah RM5.95 per meal) tanpa rasa bersalah. Wei dah pukul 1.30 ni. Tak nak sembahyang Jumaat ke???? Sangat menjengkelkan di mata aku okay bila lelaki Melayu hari Jumaat berpeleseran di mana-mana instead of going to the mosque. Ish.. tak malunya.. Kalau iye pun nak escape Jumaat, don't go to public places la. Kalau nampak je golongan macam ini di hari Jumaat, terus aku pandang slack dan rasa geram sangat. Lagi-lagi pulak boleh jalan-jalan kat Jusco or hanging out smoking ciggies kat taman?? Damn..

And i saw a very cute white Beetle just now. Banyaknya duit sesetengah orang kan..

Ok. This is a very random post tanpa hala tuju hidup.

Bye. Ingin juga dinyatakan, tak sabar tunggu jam 5 petang.

20090806

McChicken anyone?

I'm blogging from MacD here. Heh. Having my dinner here alone ditemani sebuah laptop. Macam sangat sedih. Huhu

Malam ni ada meeting lagi. With who else but that person 'tot' (bak kata Tuan R*******). Impromptu meeting yang baru tau pagi tadi. Dah la my office kena present some more. Ya.. ya.. I know i should not complain about work. But I seriously can't help it

And i seriously hate that 'tot'

And i have to get done with my burger fast. Nak Maghrib lagi. And heading to the 'beloved' office later on. Sigh..

Later peeps..

20090803

Tadi petang saya tengok 3r. Tajuknya tekanan kahwin lambat. Or something like that. Amar suruh tengok which made me wondered, kita dua ada tekanan kena kahwin cepat ke sayang? Heh. Anyway it was always fun watching 3r. Drama lakonan sebabak mereka itu selalunya kelakar merepek.

Whoever read my blog from the earliest will have read my various emo posts berkenaan certain person in my life. A person who made my life sucks the second he stepped out of it. Contohnya ini dan lain-lain post di mana tiada rasa dan hati nak bercakap maka hanya post lagu seperti ini. Orang ini telah lama saya buang dia jauh-jauh.

There were also posts about this certain someone, yang dahulunya membuat saya sangat confused, tidak faham dia dan diri sendiri dan bengang, emo dan segala macam perasaan tidak baik bercampur baur. All the posts was about me vending out my anger to him, expressing my feelings indirectly, feeling like a chicken. Hah. Contohnya adalah seperti

ini

ini

ini

and loads more to be listed down. Kalau rajin boleh cari jika nak baca la. This person on contrary, is the person i keep close at heart now. And will never let go :)

Dulu selalu cakap dengan Wahida tentang jambatan yang belum siap. Heh. She will know what i'm talking about. But now i can see the true meaning of these quote:

"To have rainbows, you must put up with a little rain and sunshine"

God gave me some rain and sunshine. And i complained a lot. Being a normal human being, who doesn't? I still do now. But i terpaksa juga put up with it and he came in the end. Jadi, my point here is maybe i should apply the same concept to my working life eh? Mari kita cuba! Bertahan in the hopes of a beautiful rainbow later on.

After much serious talks and conversations, we know where exactly we are heading in the near future. And so i am thanking the Almighty for the opportunity given. Thanking You for every reason You sent me him.

And Wahida! Many thanks too for the much needed support when i went crazy at times :)

Not forgetting thank you sayang for making life much happier (I know you read my blog sometimes gomok! ;P).

si comel bear ini is for all those whom i loved dearly. cheerio!