20091214


Love is the condition in which the happiness of the other person is essential to your own
~ Robert Heinlein

Sangat suka kalau baca kisah orang bercinta. I was taking my mind off things tadi and just bloghopping to entah sape-sape je punya blog. And sana-sini ada people talking about their love stories. Suka baca. Ada certain people, when they wrote about their love story, story itu tak menjengkelkan dan buat kita tak rasa dia ni macam berlagak cambest. Kita hanya rasa alalalala.. sweetnya dan tumpang happy dengan dia. Dan ada juga story yang buat kita rasa bluek. What the @%^$^. Tapi sebenarnya terpulang kepada masing-masing how to say their story kan. Aku punya cerita pun ntah2 ada je yang cursing bila baca kan? Who knew.

Anyway, my point is I'm happy seeing other happy people. And I sincerely mendoakan kawan-kawan kesayangan akan turut happy not only in love, but in every aspects of life. Amin..

20091212

Love one another and you will be happy. It's as simple and as difficult as that
~Michael Leunig


Phew. Lama tak update blog ni. Been so preoccupied with things and work and along the way, I forgot how to blog. Felt like there's nothing to share. And when there's things to share, takde masa pulak. So, a few things had been happening around. Paling penting and the mega major event is probably the one where I got engaged! :)

It was only a simple ceremony with just the right amount of sweetness. Just the way I want things to be. Ada majlis tahlil on the morning and bertunang selepas Zohor. Walaupun ada a few minor glitches here and there (baju too tight, bila dah alter senget plak!) tapi Alhamdulillah things went well. Semua pun buat sendiri untuk kepuasan hati but mostly is to cut the cost! Hehe. Hantaran, pelamin bersusah payah tau buat with the help from mak and kakak. But sangat berpuas hati dengan hasilnya.



So, we are heading towards marriage now. Rasa macam banyak benda tak buat lagi dan kena buat cepat! Tapi rasa baru je bertunang 2 minggu!


And we have another addition to the family. Si dia kat bawah ni nama dia Taya (courtesy of my sis who named her tayar since dia kena gelek dengan tayar kereta ayah) Tapi to make it macam glamour sikit aku buang la huruf r tu. Hehe. Dah lama dah dia ni dok menempek kat rumah aku. Back then when he was only a little kitten. Kesian dia mengiau lapar selalu so we fed him. Sampai la sekarang. Tadi tengok dia dah besar! Erm.. dah tak cute sangat. Shoooh! Tak nak main dengan dia dah.



Gambar atas ni on my engagement day. Taya kena kurung sebab he suka menyibuk nak masuk rumah kalau pintu terbukak. Sibuk je nak asah kuku dia kat karpet and round pusing2 rumah macam YB check kawasan. So, a few weeks before my day, ayah bought a cage for him. But we totally forgot about him on the day sebab sibuk dengan kenduri. He was left kat tempat yang paginya wayyy exposed to the hot sunlight and then esposed pulak to the heavy rain in the evening. So dah habis kenduri we let him out, dia macam weirdo sikit. Like sakit tak larat. That's why mak usap2 dia. Ingat nak bawak pergi vet dah tapi lepas tu elok je dia lari2 balik. Ceh

Anyway, esok going to a kenduri. Rasa macam dah lama tak kenduri. Pemalas nak bersiap aku ni kalau kenduri orang yang aku tak kenal. Ayah selalu marah cakap aku tak pergi kenduri orang nanti takde orang pulak nak pergi kenduri aku.

Alaaa ayah.. kenduri kawan-kawan Uda pergi ape...

20091117

After much thoughts, I would just like to say these few words. Not to explain anything but just for the sake of saying something:

1. It is not the issue of trust. Mengkhianati kepercayaan ke kalau everyone was talking about the same thing that everyone knows? Fakta yang semua orang tahu since it is made public. I think it is called bersembang. Alaaah.. macam kau tak pernah buat.

2. It is only logical, that a person would backup their loved ones. But it is the complete opposite if you still back them up when they have done wrong. Kalau kau dengan dia kritik orang about doing A when you guys are doing the exact same bloody thing, apakah itu?

3. And I frankly think you cakap tak serupa bikin. And should not be saying some of the things you said. And you're saying all those things based on what facts? You never know how your future will turn out. But then, it is your business.

But then again, I am just merely saying..

20091107

Sangat lama tak tulis blog. Busy dengan kerja, malas, takde idea, semua alasan pun ada, you just name it. But then, bila cuti duduk rumah and belum lagi terasa nak buat 'itu', maka saya memblog.

Yesterday, I had an event at Bukit Larut. Hampeh gila. Bilalah aku boleh naik turun Bukit Larut macam manusia sihat. Sampai atas je, wuekkk. Keluar segala hash brown dan Sausage McMuffin yang bersusah payah aku sumbatkan cepat-cepat while driving there. Turun bawah pulak sekali lagi wuekk. Keluarlah pula nasi lemak dan rendang ayam yang Kak Kiah bertungkus lumus masak nun di atas Bukit Larut itu. Heh.

Then, I went to a few places. Orang-orang Taiping sekalian, please please go to Sentosa Villas (dekat dalam taman yang dekat dengan institut memandu tu) and see the amazing villas they have set up. This is my second trip there. Cantik betul tak tipu.

And then, petang tu I went to Hutan Paya Bakau Matang, Kuala Sepetang. Tengok kayu-kayu bakau tu was not that interesting to me. Tapi, on our boat ride later, the most amazing thing happened! I saw dolphins!!! DOLPHINS wei. Macam ape je kan ada dolphin kat sungai kat Kuala Sepetang? Tapi ini memang betul sumpah tak tipu. There were about six of them. Swimmming and melompat-lompat dalam air tu. We all kena tutup enjin bot baru dolphins tu berani datang dekat. Aku memang jakun sangat-sangat okay. Tapi memang malang betul my handphone's battery kong yang memang mampus terus. Rasa nak baling je dalam sungai. Macam mane nak ambik bahan bukti ni? Tapi dalam handphone bos ada. Sumpah tak tipu tau.

Heh. Excited sekejap.

Anyway, I have loads to do. Tapi why does it seems that I can't get a move.

20091021

By working faithfully eight hours a day, you may eventually get to be boss and work twelve hours a day
~ Robert Frost

Kalau sekarang belum boss tapi dah kerja 12 hours macam mana? Yesterday I was in the office from 8 to 5. Then, I had a meeting which starts at 5 and ends at 9.30 pm. Hoho. Aku sangat seorang bos.

I was in front of my PC yesterday when I saw my colleagues coming to my room and so I smiled to her waaay before she entered and she said to me:

"Ey, we should have a window la between us (her room was next to mine) cause I love to see you, smiling like this. But not when you are crying. When we all came here, we were tensed with the workloads tapi sekarang dah biasa. Cause I noticed you were sort of a jovial person when you first joined here. But now.. "

And her voice trailed away. Hahah. I guess everybody noticed that changes. Even my closest friends said that. And besides me, there is no one more affected by this changes than Amar, who had been very patient listening to me whining. Kesian dia. Heheh. Sorry sayang..

Speaking of Amar, 20th October 2009 marked our 1st year anniversary. Cheers to one amazing years and hopefully loads more to come!

20091016

Pagi tadi aku sangat rajin buat kerja. Then ada jamuan raya tak sedap. Then aku keluar berfoya-foya for lunch hour. Tapi misi lunch hour aku hari ni gagal. Tsk.

Sekarang petang ni aku agak malas buat kerja. In fact, can't wait to drive back to the pensioners town. Ada misi. Tak boleh gagal.

By the way, Happy Deepavali to everyone celebrating. Too bad Depavali falls on Saturday kan? Kalau tak mesti boleh cuti Isnin. But to the rest, Happy Weekend!

20091014

Esok ada audit 5s. I don't know how much I have blabbed and complained about 5s before but I'm sure sangat banyak because this thing is really a total pain. I admit aku memang jarang, in fact tak buat pun 5s ni tapi bila time kena buat tu memang rasa nak menyumpah. Contohnya tadi. But I managed to do a teeny weeny bit yang sangat minimal and I hope that will be sufficient enough for tomorrow. Nampak macam takde beza pun bilik ni.

Hari ini I'm kind of in a good mood all day. Takde terasa tension. Let's just hope this mood lasted through the night. It feels good to be able to finish a day without crying.

20091012

I haven't blog in ages. Been busy the whole week after Raya slaving myself. I know I got paid for it, tapi penatlah. Seriously penat. Izan pun rasa macam dah lama je tak jumpe. Memang lama pun. IZAN!!!! Tadi I went for a trip to Gua Tempurung. In my baju kurung and in this working shoes of mine. Nasiblah I don't wear heels to work. But the trip was interesting. It was actually a trip for some government officers from Korea. They are in some kind of exchange program and they want to see Gua Tempurung after being introduced to it in a presentation. I would love to strike a conversation with them but unfortunately they don't speak English very well and I don't know any Korean language besides uppa or anyong-saeyo (is that how you spell it?). Haha. I tried asking a lady about this trip and I don't understand any of her answers. But one thing I learned is that they say 'Kimchi' instead of 'cheese' when taking photos. Heh. Balik ni mesti lemah lutut. Tiba-tiba je naik gua. Teringat masa panjat Gunung Panti. Though this gua was way easier for sure. I went up sampai Platform 4 (about 600 steps) into the Wind Tunnel. The wind was blowing very nicely here, it felt great. Saw a lot of pictures/ ukiran on the wall. Ada Monalisa, ayam, penguin, naga. Paling aku suka is monyet bawak kereta :). Anyway, someday nak pergi lagi tapi nak lalu jalan air. Dengar cerita ada gelongsor. Heh. Jom?

20090926

I was quite annoyed yesterday with that shameless someone. I hope that someone backs off before my annoyance got the better of me.

And I don't know what's wrong with my Facebook account. I couldn't log in. And before there were 2 emails from fb saying that I have requested to reset my password and so they were emails telling me the codes to reset it. And both emails were already opened and read before I log in. Either fb and yahoo have gone haywire or someone was trying to hack into both my accounts. Which is so not cool.

Patut buat kerja sekarang.

20090918


Hari ini datang ofis dengan perasaan biasa. Tetapi ada perasaan nak balik kampung. Tetapi sampai je ofis terus rasa dah mati perasaan hilang tak tau pergi mana dah. Uh-oh


Tetapi sekarang kembali bersemangat. Kerana satu pejabat dapat half-day hari ini! Oh **, terima kasih di atas kurniaan raya yang tidak terhingga ini. Heh. So peeps,


Eid Mubarak!

Have a joyous raya ahead


Tapi berpada-pada juga dalam sambutan


Don't forget to get yourself buncit from all those yummy foods!
(Apalah raya tanpa makanan?)


And drive safe!

20090911


I am too tired. Thank God today is Friday. Had a really long and tiring week with heavy workloads, ad-hoc works and I'm going crazy! Tapi, kebelakangan ini sudah mampu bertahan sedikit bagus I think. Still complaining tapi tidak complain seteruk dulu I think. I think. I think.
Can't wait for this weekend to unwind myself. In fact, can't wait for later. Alia, see you in a bit!

20090907

Sleep 'til you're hungry, eat 'til you're sleepy.
~Author Unknown

Minggu lepas, kami buat lasagna. No pictures. It turned out way salty due to the untolerable amount of cheese I grated on it. Hah. Tamak haloba.

So this week, we made pizza! Kalau nak dibandingkan dengan perisa Pizza Hut, pizza ini bolehlah diumpamakan seperti Chicken Supreme (digantikan dengan beef) atau Super Supreme (tapi takde pepperoni and olive). Rasanya sedap. Superb.

The whole pizza


One slice. Ada 2 lapis pizza ni

Talking about food, buat aku teringin sangat nasi wanggey. Sejak bulan puasa tak pernah lagi makan. Bila petang ayam sedap dah habis. Naaaak..

20090904

God gave you a gift of 86,400 seconds today. Have you used one to say "thank you"?
~William A. Ward

Saya ada berita hebat!! Portfolio kerja aku akan kurang satu. InsyaAllah. Actually, akan kurang dua tapi dua portfolio itu lebih kurang sama je skop kerja. Which means now I will only have to focus on that one portfolio yang agak menyusahkan juga actually because of the workloads.

But this is better right? Things will be better I hope from here on. Pray to God that it will.

Friday is being good to me so far. Thank you.

20090902

melihat tawamu
mendengar senandungmu
terlihat jelas di mataku
warna-warna indahmu
menatap langkahmu
meratapi kisah hidupmu
terlihat jelas bahwa hatimu
anugerah terindah yang pernah kumiliki
sifatmu nan s'lalu
redahkan ambisiku
tepikan khilafku
dari bunga yang layu
saat kau disisiku
kembali dunia ceria
tegaskan bahwa kamu
anugerah terindah yang pernah kumiliki
belai lembut jarimu
sejuk tatap wajahmu
hangat peluk janjimu
anugerah terindah yang pernah kumiliki


I used to be such a fan of Sheila On 7. Golongan peminatnya dipanggil Sheila Gank. Well, I still am. Cuma mungkin tidak sefanatik dahulu. Dulu tak pernah miss beli semua album but i stopped buying after OST 30 Hari Mencari Cinta (which was a superb album by the way!). Tak tahu kenapa berhenti beli.

Anyway, was listening to this song while settling my workloads and had the urge to post this in the blog. Sungguh indah lagu ini dengan lirik yang sangat simple tetapi dengan makna yang sangat erm.. sayu? Heh. Lagu ini buat aku terasa sangat bersyukur dengan Dia dan dia.

Dedicating this to Amar :).

20090828

Hari ini aku berpakaian paling sempoi ke ofis. Seluar slack hitam dan t-shirt Giordano hitam (dengan huruf C warna gold besar kat depan bertulis Creativity provides opportunity; Innovation provides leadership) Kalau sesiapa nampak seseorang pakai macam ini tudung silver sila jangan tegur sebab aku sangat stress hari ini.

Sebab apa pakai macam ini kamu tanya? Sebab hari ini kononnya ada Big Cleaning Day. Tapi sesampainya di pejabat pagi tadi sumpah rasa nak balik aje tukar baju. Kenapa semua orang pakai baju pekerjaan biasa? Kenapa? Orang yang semalam cakap kepada aku hari ini pakai baju sukan dengan nada ala-ala 'Of course. Itu pun tak tahu ke?' pun pakai baju pekerjaan dia. Damn you. Oops, I mean dang. Apakah ini Big Cleaning Day? Siapa punya idea otak ini? Kalau begini la gayanya, di mana 'big' nya? Baik sendiri-sendiri buat sahaja. Tsk. Sumpah rasa nak balik rumah pagi tadi. Sumpah. Terpaksa pakai blazer setiap masa dan berlagak cool macam seorang pekerja swasta yang selalu pakai suit smart ke pejabat.

Pahala puasa hari ini sangat kurus. Sana tidak kena, sini tidak kena, maka tidak boleh mengelak dari mengumpat. Chait!!

Hari ini perasaan rasa seperti dibuli. Work-wise. Tapi ini tiada kaitan dengan insiden kesalahan memalukan baju tadi. Tapi kenapa wei kenapa? Tapi tadi aku buka blog Wahida dan nampak quote dia yang ini:


~Kadang-kadang Allah hilangkan sekejap matahari kemudian Dia datangkan pula guruh dan kilat. Puas kita menangis mencari mana matahari kita. Rupa-rupanya Allah nak hadiahkan kita pelangi yang indah~
Ceh kau Wahida. Kenapa tak bagi aku copy benda kat website hang? Dah aku kena taip balik. Tsk. Kena buli..

Hmm.. Kena fikir selalu tentang ini untuk menyenangkan hati. Tapi God, kenapa macam susah sangat saya rasa sometimes... Nasib ada itu orang yang setiap kali saya bersamanya terasa macam ada banyak butterflies fluttering in the stomach. And I thank you God for that one precious gift.

Later, I'm gonna head back to the pensioners town. Semoga masakan emak yang enak harum sedap mata memandang sedap tekak memakan akan tersedia menunggu di rumah untuk menghilangkan gundah gulana hati aku ini.

Agak-agak highway ke Utara jam tak hari ini?

20090827

Semalam kami masak lauk sardin dan telur dadar (yang ini Azi masak) dan sayur butterhead dengan sos tiram (yang ini aku masak tapi teknik lain dari hari sebelumnya). Bukan nak bangga diri tapi MasyaAllah kenapa rasa makanan kami semalam sangat sedap ye? Hahah. Mungkin sebab sangat lapar dan mungkin sebab simplicity is the best policy.

Bulan puasa ini asyik makan banyak saja. Semalam makan banyak lagi sebab Azi masak nasi satu suku. Kalau tiga orang masak satu setengah. Kalau dua orang kenapa pulak masak satu suku? Teehee. Azi dah pening sebab lapar kot. Hari ini entahla nak masak apa. Esok kita cerita lagi ye.

Speaking of tomorrow, ofis ada Big Cleaning Day 5S. Harap-harap esok I can really clear up everything and melaksanakan 5S dengan jayanya. Tapi rasanya satu hari mana mampu settle semua. Dream on. Okay tidak mengapa. At least selesai sikit. That's better than nothing.

Mari sambung kerja. There is approximately another 27 minutes to go.

20090826

Hari ini terasa malas lagi. Haish. Kalau setiap hari malas, what's going to happen to work? Baik berhenti kerja sahaja dari hari-hari makan gaji buta dan duit gaji itu jadi duit haram kerana I don't deserve it. Apa nak jadi dengan diri ini? Tetapi aku ingin mencuba untuk tidak bermalasan supaya hari ini tidak menjadi Hari Malas Sedunia lagi. Jadi tadi terfikir mungkin dengan menulis blog boleh bagi semangat sikit? Hehe

Semalam, 4.30 je terus aku chow balik. Tak pernah aku balik seawal tu. Sampai Izan pun tanya awalnya balik? Sebab it really was a miracle bila aku balik lagi cepat dari Izan. Heh. Maka, aku dan Azi pergi shopping kat Giant tapi balik dengan perasaan hampa dan kecewa. Mana pergi semua barang-barang dalam Giant??? Sedih harapan nak makan sayur pak choy tak tercapai. Tapi kami beli juga daging buffalo (cow tiada dalam pasaran), kacang panjang, sayur baby butterhead (comel kan nama sayur ini?).

Hasil masakan ialah daging black pepper, sayur baby butterhead masak sos tiram (comel sungguh nama sayur!) dan kacang panjang makan dengan tempoyak. All in all, one superb dinner. Sungguh tidak sangka kami mampu memasak secukup rasa walaupun tanpa bantuan deria rasa (maksudnya sini masak tak boleh nak rasa sebab puasa). Gambar ada dalam telefon tetapi tiada kemudahan untuk transfer. Tutup mata dan bayangkan sahaja.

Hari ini masak apa kau tanya? Semalam dah plan nak masak sardin, sayur baby butterhead lagi dan telur dadar. Kami semalam siap rancang nak buat siap-siap everyday menu for the rest of puasa supaya boleh rancang stok bahan mentah untuk dibeli. Haha. Perkara yang menggembirakan hati bila tensi dengan kerja. Maka, hari ini kalau aku bosan di ofis akan rancang menu untuk setahun.

Speaking of happy things, today is Wednesday! Hari yang dinanti pada minggu ini. That should be enough to give me that extra dose of semangat and happiness.

Mari buat kerja.

20090825

Hari ini sumpah Hari Malas Sedunia. Sumpah aku rasa malas sangat. Tiada alasan kenapa malas. Memang tiada alasan dan tidak perlu reka alasan kerana sememangnya malas. Walaupun ofis memang sejuk (alasan malas sebelum ini). Aku memang malas hari ini. Fullstop.

Malas. Malas. Malas.

Terasa nak berhenti kerja. I have said this countless time. Mostly to Amar but I think ini semua cakap sahaja. Sanggup ke aku nak berhenti kerja? Lepas susah payah going through all the process. Those 6 months of pure torture? Paling utama, mampu ke aku berhenti kerja?

Aku nak bekerja dan aku boleh suka bekerja tetapi bila semua terlampau banyak menyesakkan otak, kepala, fikiran etc di masa itu lah yang aku rasa nak baling sahaja semua fail-fail ini. As I have said before, I crack easily under pressure. Proven.

Rabu.. Rabu..

20090824

Waktu rehat secara rasminya telah bermula 3 minit yang lalu. Tapi aku sebenarnya dah curi-curi main Internet 10 minit yang lalu. Selain itu,curi-curi tengok email dan blog orang lain jugak kadang-kadang. Ampunn... Hamba tertekan dan bosan dengan kerja in which i need something to de-stress. Tidak mengapa. Sendiri buat, sendiri tanggung dan sendiri tahulah bagaimana nak counter balik every action we took right?

I am so lucky berjaya ada speaker kat bilik ini (curi dari rakan bilik sebelah bila dia dah bertukar dan orang baru belum datang ganti lagi tempat dia). Bila ada speaker boleh juga Anuar Zain atau Duta atau sesiapa sahaja yang ada dalam playlist aku menemani ketika tensi. Tidak mengapa. Orang baru macam serius jenis tak suka dengar lagu saja (i guess). Tapi hari tu macam ada dengar bunyi lagu Faizal Tahir dari bilik dia (dia minat Faizal Tahir??). Hmm.. berjaya cari speaker baru kot. Tidak mengapa. Kita masih berkawan kan S walaupun aku curi speaker kat bilik kau tanpa pengetahuan kau?

Hari ini hari ketiga berpuasa. Hari pertama berjaya puasa di rumah dengan sihat separuh hari sahaja. Selebihnya pening yang teramat dan dihabiskan dengan tidur. Sempat belajar buat sos nasi ayam sahaja (awalnya berangan nak ambil resepi nasi ayam hebat mak). Hari kedua what a miracle! Tiada pening atau fatigue langsung sedangkan berjalan-jalan dengan Amar. Mungkin kegembiraan mendapat dua benda baru itu mengatasi segala-galanya (horray!). Hari ketiga ialah hari ini. Don't know yet how it will end. Setakat ini merasa okay sahaja. Perut ada juga menyanyi tapi volume perlahan lagi.

Am feeling sad. Hari pertama berbuka dengan nasi ayam hebat mak di rumah. Hari kedua berbuka dengan Amar kesayangan. Hari ketiga? Mestilah kena berbuka secara bujang. Tsk tsk

Itu cerita puasa. Cerita kerja kau tanya? Hmph. Tidak perlu kot membebankan fikiran fikir tentang kerja di masa rehat ini. Atau kejap lagi lepas habis blogging dah kembali ke dunia unit pening boleh fikir. Mesin perfume (tak tau apa nama sebenar dia) baru je berhembus mengeluarkan bauan lemon yang menyucuk hidung. Wangi sangat ni sampai ada potensi pening dan menahan nafas setiap kali dia hembus. Perlu buat sesuatu.

Sekarang ini ingin dinyatakan tidak sabar tunggu hari Rabu. Da di da...

20090821

Can't wait for Sunday. Two new things await me. InsyAllah.. yippeeee!! :)

Okay, now i wanna wish everybody Happy Saturday and Sunday.

Also, salam Ramadhan. Selamat berpuasa dan semoga Ramadhan tahun ini membawa a gazillion of blessings for each and everyone of us..

Off to the pensioner's town now..
Just got back from lunch. Seperti biasa tadi aku pusing taman. Hah. Terasa macam aku ni some kind of pegawai penguasa pulak setiap Jumaat pergi pusing taman mencari pesalah-pesalah yang tak sembahyang Jumaat. Tapi taman tu memang on the way nak balik ofis pun.

Seperti biasa ada juga umat golongan tersebut tadi. Ada yang dating dengan awek. Ada sorang parking motor lepas tu tidur atas motor tu. Uhukuhuk. Sedihnya aku tengok.. Anyway, aku komen orang macam lah aku ni perfect sangat. Tapi, aku cuba sebaik-baiknya setiap hari untuk menunaikan segala yang wajib. And i admit yang sunat aku kadang-kadang je. Huuuu

Just to recap the movie i saw last night, which is

I Love You Beth Cooper

Tak perlu tengok la ye peeps. Tidak best. Memang ia hiburan yang boleh tengok-gelak kuat-kuat atas lawak yang mostly ada unsur lucah-tak perlu berfikir-relax je sandar tengok kind of movie. Ini hiburan yang macam American Pie, Superhero Movie dan angkatan seumpamanya yang aku tak berapa suka sangat. Gelak funny tapi tidak mendatangkan kepuasan macam kalau kita tengok 27 Dresses, Shopaholic Movie tu. Tapi this is the only choice semalam. Tapi kau-kau semua nak tengok pun tak kisah. Apa salahnya
The office is effing cold today. Agaknya ada orang lupa tutup aircond semalam sebab masa aku sampai ofis pagi tadi cermin tingkap berkuap-kuap (ada sejatan air). Maka, hari ini memang rasa malas nak bekerja. Tapi tetap buat kerja cuma dalam kadar yang teramat perlahan/ lembab. Typing is hard too since my hand feels so numb from the cold. Sheesh

Ok. This entry is short sebab jari aku seumpama tak mampu bergerak ni. huhu (drama gila)

20090815

<3


Ngeh ngeh. Saja membuang masa edit gambar whereas i should be doing my work.. dang.
Pictures from last week's lepaking. Weekend with Amar is always great walaupun tiada buat apa-apa just makan-makan jalan-jalan with bloated stomach sampai sakit kaki dan lepak kedai buku :)


Nasi ganja. The one listed down as one of my favourite foods. Just look at the crowd. Ramai kan? And I have met Sharifah Amani, arwah Yasmin Ahmad, Aishah Sinclair and ada lagi tak ingat during my numerous visits here

Amar looking bercahaya, beriman, beramal. Bahaha

And me looking happy tak sabar nak makan

Sadly, no pictures of the nasi wanggey was taken since we were both so hungry and immediately digged in the food upon the mamak placing it on our table. Heh. And I bought two more books on the weekend. Eat Pray Love by Elizabeth Gilbert and A Bend In The Road by Nicholas Sparks. The latter was bought for only RM8 at a second hand bookstore. You tell me how could I resist an 8 ringgit book?? Amar pulak was sweet enough to besabar je tunggu saya belek buku lama-lama. But I know mesti dalam hati mengomel. I seriously need to stop buying more books and finish the one I have first. Ini the current books I have tapi dah baca sikit-sikit sana-sini

The Secret by Rhonda Byrne. A gift from my sis. Yet unopened and still in it's plastic wrapping

Slumdog Millionaire by Vikas Swarup. Seen the movie and need to read the book to compare. Heh

The Last Lecture by Randy Pausch. Bought at the MPH sale

Newest addition. Eat Pray Love by Elizabeth Gilbert

New but old. A Bend in The Road by Nicholas Sparks

Jadi, mari membaca semua! And make it our habit. It used to be mine tapi since I started working at this new place, dah kurang masa nak membaca since i was too tired from the day's hard work. Tak mengapa. Akan berusaha kembali

20090814

I just got back from lunch outside. Had McD again. Twice for the week. Padah kerana mengutuk katik loser berbalik kepada diri sendiri kerana akhirnya i was the one who was left alone for lunch. The original plan was to have cheesy wedges but couldn't find a parking spot. Makanya aku menuju ke drivethrough McD. On the way back to the office lalu balik tepi KFC tu nampak banyak pulak parking. Adalah dalam 4 tmpat kosong. And that is only natural lah. Bila kita nak sangat mesti takde and bila kita tak nak tu masa tu la banyak sangat. Contoh paling realistik bila ada duit nak pergi shopping tak jumpa pun barang apa kita nak cari. Tapi bila tengah takde duit, broke to the max masa tu la bermacam-macam benda ada dan teringin.

At the drivethrough just now, i saw 2 guys who had the nerve to sit there and ate their value meals (yang murah masa lunch hour semurah RM5.95 per meal) tanpa rasa bersalah. Wei dah pukul 1.30 ni. Tak nak sembahyang Jumaat ke???? Sangat menjengkelkan di mata aku okay bila lelaki Melayu hari Jumaat berpeleseran di mana-mana instead of going to the mosque. Ish.. tak malunya.. Kalau iye pun nak escape Jumaat, don't go to public places la. Kalau nampak je golongan macam ini di hari Jumaat, terus aku pandang slack dan rasa geram sangat. Lagi-lagi pulak boleh jalan-jalan kat Jusco or hanging out smoking ciggies kat taman?? Damn..

And i saw a very cute white Beetle just now. Banyaknya duit sesetengah orang kan..

Ok. This is a very random post tanpa hala tuju hidup.

Bye. Ingin juga dinyatakan, tak sabar tunggu jam 5 petang.

20090806

McChicken anyone?

I'm blogging from MacD here. Heh. Having my dinner here alone ditemani sebuah laptop. Macam sangat sedih. Huhu

Malam ni ada meeting lagi. With who else but that person 'tot' (bak kata Tuan R*******). Impromptu meeting yang baru tau pagi tadi. Dah la my office kena present some more. Ya.. ya.. I know i should not complain about work. But I seriously can't help it

And i seriously hate that 'tot'

And i have to get done with my burger fast. Nak Maghrib lagi. And heading to the 'beloved' office later on. Sigh..

Later peeps..

20090803

Tadi petang saya tengok 3r. Tajuknya tekanan kahwin lambat. Or something like that. Amar suruh tengok which made me wondered, kita dua ada tekanan kena kahwin cepat ke sayang? Heh. Anyway it was always fun watching 3r. Drama lakonan sebabak mereka itu selalunya kelakar merepek.

Whoever read my blog from the earliest will have read my various emo posts berkenaan certain person in my life. A person who made my life sucks the second he stepped out of it. Contohnya ini dan lain-lain post di mana tiada rasa dan hati nak bercakap maka hanya post lagu seperti ini. Orang ini telah lama saya buang dia jauh-jauh.

There were also posts about this certain someone, yang dahulunya membuat saya sangat confused, tidak faham dia dan diri sendiri dan bengang, emo dan segala macam perasaan tidak baik bercampur baur. All the posts was about me vending out my anger to him, expressing my feelings indirectly, feeling like a chicken. Hah. Contohnya adalah seperti

ini

ini

ini

and loads more to be listed down. Kalau rajin boleh cari jika nak baca la. This person on contrary, is the person i keep close at heart now. And will never let go :)

Dulu selalu cakap dengan Wahida tentang jambatan yang belum siap. Heh. She will know what i'm talking about. But now i can see the true meaning of these quote:

"To have rainbows, you must put up with a little rain and sunshine"

God gave me some rain and sunshine. And i complained a lot. Being a normal human being, who doesn't? I still do now. But i terpaksa juga put up with it and he came in the end. Jadi, my point here is maybe i should apply the same concept to my working life eh? Mari kita cuba! Bertahan in the hopes of a beautiful rainbow later on.

After much serious talks and conversations, we know where exactly we are heading in the near future. And so i am thanking the Almighty for the opportunity given. Thanking You for every reason You sent me him.

And Wahida! Many thanks too for the much needed support when i went crazy at times :)

Not forgetting thank you sayang for making life much happier (I know you read my blog sometimes gomok! ;P).

si comel bear ini is for all those whom i loved dearly. cheerio!

20090731

demmm

i have loads of work to do. that is why i am still in the office at 1pm on friday. sacrificing my lunch hour. jumaat kan rehat panjang? aku sepatutnya boleh berjalan yada yada di juscooo... uhuk. i'm taking a leave on monday. that's why there's shitloads to finish today

i'm writing sebab saja nak see something different from work on the computer screen

and sayang, don't worry. b dah amik lunch tadi. i'm trying to keep my promise to you which is to jaga my pemakanan. teruknya cara aku manage hidup aku ni.. to the extent that he had to make me promise to eat well?

well.. working life pretty much sucks

20090725

hello sayang,

rindu. banyak. miss. loads. when's our next meet?


tagged by izan. masa cuti ni adelah masa nak buat. here goes nothing

1. 5 nama timangan anda
i. mai- memang nama aku. panggilan di kalangan kawan-kawan
ii. uda/ ude- came from nurulhuda. only closest family call me by this name
iii. huda- kalau tak salah irwanee sorang je yang panggil aku huda. oh.. also rozan, my friend in the uni days
iv. baby- khas untuk amar
v. non. 4 saja saya dapat fikir. heh

2. 5 sifat/ tabiat buruk
i. kuat merajuk- tanya my family and amar. they knew better
ii. crack easily under pressure
iii. cengeng- a crybaby
iv. kuat tidur- puteri tidur bak kata amar
v. hot-tempered

3. 5 makanan favourite
i. tomyam
ii. nasi ayam masakan mak saya- 17 thumbs up. tapi saya rasa semua ibu pandai masak nasi ayam
iii. nasi ganja- i believe mamak wanggey itu letak kas-kas
iv. nandos
v. anything chocolate- never fails to cheer up my day!
seriously readers, banyak lagi ni kalau nak list down semua. saya memang suka makan

4. 5 subjek pelajaran yang disukai
i. english- i love writing short stories masa kena buat essay zaman sekolah dulu
ii. mathematics- suka
iii. arts- would love to master drawings and paintings. unfortunately, tiada bakat. or maybe i was not given the chance
i think that's all. guess i'm not that much of a student

5. 5 wajib dalam purse
i. ic
ii. lesen
iii. emergency cash
iv. gambar amar
v. ubat

6. topik biasa yang dibualkan bersama pasangan
i. future plans
ii. siapa lagi gemuk/ busuk. bahahaa
iii. where to settle down
iv. impian memiliki honda crv
v. i love you gomok! :)

7. mangsa tag
i. sis efa
ii. wahida
iii. wan xara
tu je kot. i don't have that many friends in the blogging world


on another note, something special today totally made my day..

250709~ a date sure to be remembered long after :)

20090724

ada seorang kawan cakap yang sejak kerja di tempat baru, semua post aku di blog pun tak happy. ye ke? siap ada yang ajak jadi ado balik. heh

yelah tu kot. sebenarnya bukan macam tu. it's not like i'm not happy all the time. there are times when i'm happy. although masa bekerja kebanyakannya tak happy sebab stress dengan workloads. masa tak bekerja happy je. and masa bekerja pulak is the only time i have access to the internet. maka banyaklah post emo (mode stress bekerja) on my blog ni

another thing is, i'm super busy that i don't have any free time to blog. and when i have it rasa malas pulak. and i tend to blog when i'm mad. bila tengah emo nak marah orang berkenaan but i seriously can't tu yang ringan je these fingers menaip kata- kata carutan. bahaha. bila tengah happy mana ingat nak blog. baik pergi makan

and i don't know why i even blog. it's not like anybody read it. aku pun tak iklankan blog aku kat mana- mana. friends who know pun tak banyak. aku pun memang tak bagitau ramai. adelah berapa orang je. aku pun tak buat kawan- kawan kat blog. tak macam izan yang rajin buat kawan through blogs. i do bloghopping sometimes tapi baca je. suka baca tapi terlalu malas untuk tinggalkan komen

i guess blogging is just another way to clear myself. bila tidak terasa nak bercakap dengan manusia, so bercakaplah aku di blog

anyway, izan tagged me with some random questions. aku buat kot lepas ni nanti bila rajin dah bosan duduk rumah melepak malas. hehe

20090717

one hell of a day. everything is so f***ed up.

aku benci orang yang berurusan dengan aku hari ni yang hanya mendatangkan masalah dan sakit hati and tears.

aku benci golongan yang misunderstood (belajar tak tinggi kot), sampaikan orang maklumat yang salah, orang yang dimarah oleh bos then lepaskan kemarahan kat orang lain.

marahkan nyamuk, kelambu dibakar. akulah kelambu tu hari ni

aku benci orang yang besarkan benda kecik. dah tua bangka, kerja banyak tahun takkan tak reti how lagi? orang lain boleh je tak cakap banyak pun. gila. nak benda senang je tersedia depan mata. nak goyang kaki je eh? nak semua benda free? seluar dalam ko nak aku tolong belikan jugak ke? berak ko nak aku tolong basuh?

tu je nak cakap. balik dulu :(

20090710

blogging from the comforts of home. pagi tadi puas tidur, siang puas berehat bermalas- malasan menonton dvd (walaupun cerita boleh tahan berdebar tak senang duduk), perut kenyang makan nasi tomato masakan special mak sempena menyambut kepulangan anak bongsu dia ni. so, what more could you ask for?

well, except maybe wishing that i didn't have to work this coming sunday? huhu. sedih saya tau hari ahad kena bekerja. encik badar dan adibah boleh la claim ot. tapi saya? di mana hak saya sebagai seorang pekerja (bila kena bekerja hari ahad)? kenapa kami tak boleh claim ot? kenapa?

amar pulak has to work on saturday. lepaking is out of the question so that is why i took a leave on friday. to balik kampung and to be back on sunday morning nak hangout. benci. baru berangan nak lepak puas2 hari ahad dengan dia. sume salah y* m**** (nama rasanya mesti dirahsiakan)

when i found out about the extra work on sunday, rasa tak bestnya. you know i only manage to go through the hectic and tiring workloads in the office in the thoughts of weekend je. nak berehat and spend time dengan amar. nak makan nasi ganja (dah two weeks in a row ni. sabtu, ahad dan ahad lagi. memang mamak wanggey letak kas- kas ni). dah la baru berangan nak tengok transformers weekend ni. tak tengok lagi?? ketinggalan betul aku!

takpe. i'm gonna drag amar teman aku to work this sunday. boleh ye.. please please.. i promise i'll bring you something worthwhile.. ;P

20090630

letih... penat.. benci politicians.. ape ke jadah khamis ni ko nak buat meeting malam lagi?? orang dah susun elok kol 9 pagi. boleh tak jangan bagi aku buat kerja dua- tiga kali?

habis pahala puasa semua goes down the drain.letih.. i am only holding on to the thought of weekend. please.. come quick..

20090627

happy saturday people! spending my weekend at home sweet home this time. just got back from servicing my car which cost me a whooping RM 351.65. sob.. sob.. i can't help thinking of many more ways i could spend that amount of money.. tetapi tidak mengapalah demi my precious baby itu (sorry aku dah calarkan kau lagi)

apa nak buat ha weekend ni? normally bila balik rumah all i ever do were sleeping, watching tv, buat kerja sikit kalau bawak balik (this time pun bawak balik tapi masih malas), eating mak's cookings, just moping around doing nothing..

kalaula amar ada..

speaking of that boy, saya rindulaaa.. kenapa dia kena pergi terengganu? tapi bagus jugak kot a little time away from each other kot eh? i don't mean it feels great to be away from him. tapi maybe bagus in the sense that aku boleh balik jumpa mak and ayah. kesian diorang minggu ni tinggal berdua je since my two sisters were off to sarawak. ke sebenarnya aku dah mengacau their private- cosy-just the two of us time together? hehee

ala.. rindula gomok ni

In the hope to meet
Shortly again, and make our absence sweet.
~Ben Jonson

20090626

so i guess the morning wasted doing slides was not so much wasted at all. bos puji lah *proud* meeting that night was so tiring okay. dah la after the meeting the trip back to my car was sooo scary. i probably let myself got affected by the ghost rumors (which i haven't heard about any of the details pun. kalau dah dengar imagine how scared i would be!!) tapi got back safely and got amar to teman me driving all the way back home :)

the slide

so today i was back in the hometown early in the morning. i got a taklimat at MPT and a trip later in the evening. so balik kampung terus lah lepas tu. the taklimat was about pembangunan in taiping. now wahida, i know you would not like to hear the word pembangunan when it comes to taiping. what about preserving the originality yada yada. hehe. tapi this time i assure you, they really are taking into matters the aspect of preserving taiping's identity as the bandar warisan. happy? hehe.

and i can tell you here that they are planning lotsa interesting things for our beloved taiping. macam- macam. ada protocol road, art road, taiping 1st memorabilia and urm.. too many too mention. i don't know when will we be able to see the result but it is definitely in plan

kepala kereta api to be used as an attraction for the taiping 1st memorabilia. orang- orang taiping sekalian, cubalah cari di mana terletaknya benda ini ;)

we were also brought to the taiping zoo. mind you this was my first visit since 2002 if i'm not mistaken. so forgive me if i was a little excited (over) tadi. lin and i was like little kids, giggling to random facts and sights that we saw. ada binatang yang happy sangat which is the ungka. whistling very very cheerfully and swinging macam nak menunjuk- nunjuk. heh. gambar ada tapi too far and since i was capturing it from a moving tram, it was a little bit blur. so i see there is no point of posting it here. the animals i was very much interested to see was the lions. but since they were nocturnal animals, there was not much of them in sight. nampak dari jauh je. siang- siang tidur, malam nanti kerja overtime

the man in the blue shirt my fellow convent friends, is mrs cecilia's husband (dr kevin lazarus), director of the zoo

excited terlebih. nasib ko ada lin, kalau tak mati kutu aku tau

gajah!

the pretty giraffe

so, petang dah about 6 tak habis- habis lagi. i was dead tired and was starting to feel dizzy. diorang ni nak pergi the new club pulak buat apa entah. luckily, the dato' sri got annoyed with the rude receptionist and so decided to leave. gila ah terus blah macam tu je. habis merajuk sungguh. although i disagreed with the receptionist's behaviour (she was indeed very rude and not helpful at all as a front- desk person), i secretly agreed with the way things turned out to be as a result of her actions. dapat balik awal! heeehe

so now, wanna catch some sleep. ada appointment service kereta besok jam 9.30am. no waking up late then i guess..

20090625

morning was wasted doing slideshows for the meeting tonight. yes. meeting MALAM ini. can you believe it? my first ever. mungkin kawan- kawan lain dah biasa tapi aku tidaaaaak. huhu. i hate some politicians yang hanya menyusahkan

today is my 4th day of fasting. now thinking what to eat for berbuka, how to eat, sempat ke and all other sorts of question. women overanalyzing as usual. heh. lagi satu, mana nak sembahyang maghrib? kat ofis ni orang cakap ada hantu after 7pm! betul tak tipu

random je apa aku membebel kat atas ni kan. no idea. just rambling. okay. nak sembang dengan amar jap. chiao

20090623

the office is kind of peaceful and quiet. probably because it is lunch hour. saya pula dah kind of berehat since 12.30 pm tadi lagi oleh kerana otak dah tepu dan bosan dengan office workloads. dr fadzillah kamsah pernah cakap kalau kita curi masa kerja kita dengan buat benda lain selain kerja, maka perlu diganti juga dengan masa lain. tidak mengapa. saya akan ganti balik 30 minit itu petang nanti tau. atau boleh tak ganti dengan hari- hari lain sebelum ini yang saya balik lewat setiap hari? hurm..

anyway, i was suppposed to go to langkawi this weekend but i said no. sebab dah janji dengan mak nak balik taiping. plus nak service kereta and ada juga nak buat other benda lain yang useless dan tidak la penting sangat pun. *mengelat* haha. lagipun langkawi tu nak yang gred 48 dan ke atas. siapa aku ni nak pergi? lain kali saya pergi okay rakan- rakan sejawat. kalau setakat pergi sebab niat nak berjalan baikla tak payah. better not waste my time and money

signing off. my head is spinning and my stomach is grumbling

20090621

sunday morning

morning ke ni? dah pukul 12 pun. kehkeh. inilah definisi morning bagi aku kot. i am not a morning person. never have been and never will be kot. kalau selalu weekdays bangun awal pun sebab kerja or belajar masa universiti dulu. sekarang ni nak bangun pagi boleh tapi punyalah rasa bebal. tak percaya tanya izan dengan alia. hehe

i'm just gonna write a little today. sebenarnya saja membuang masa dengan blogging while waiting for amar to come. baru nak blog hopping plus nak tengok template cantik- cantik tapi amar dah kat gopeng pullllaakkk..

so signing off for now peeps.. chow

20090619

food updated

ini post berbangga. berbangga dengan masakan yang tak seberapa. but we (aku, izan, alia) were still 3 proud chefs. heh. kadang- kadang bila rajin kami memasak. maka inilah hasilnya

udang tu free from a ste visit to teluk intan (masak sos tiram), pak choy, ikan pekasam yummy

habis licin! terbaik!

udang free lagi (masak sos tiram laaagi), ikan pekasam, kailan, ulam cili api

udang goreng tepung. tapi yang ini aku muntah lepas makan. haha. ubat tak berkesan

sandwich 2 lapis. tak dikira masak kot ni

alfredo punya pasta. creamy mushroom and herb

pasta alfredo jugak. perisa tak ingat

heh. sorry gambar tak ikut urutan *malas*

okay. nak pergi makan durian. jom?

20090614

i was trying to change the look of my blog to something more fun and quirky. not so dark and emo looking (mahu kelihatan muda remaja-cutie pie). but it seems that i need to change all the templates to match the background. nak kena tukar colour font, colour link, colour itu, colour ini. tukar itu, tukar ini. anyway, you get my point.

naaaaaaaaaaakkkk tukar. tapi remehnya *malas*

later lah. in the meantime this will do i guess. black and red, my two most favourite colour in the world sure do match lain- lain benda dalam blog ni kan. eeeesy- peeesy

changes yang betul2 nanti dulu. daaa

20090605

taiping and fireflies..

this week saya banyak kali ulang alik taiping- ipoh. sangat letih. i wonder how big boss saya dahulu kala does it everyday a? anyway, this entry is about taiping, kelip- kelip and bukit merah. combine semua jumble kan dalam satu entry kerana malas dan nak tidur. jadi sekarang tidak minat tulis panjang- panjang maka membiarkan gambar ini bercakap (do the talking)

tepeng (the right way to pronounce it) yang indah menyambut saya

lawatan kelip- kelip!

lawatan ini berpunca dari satu seminar penerobosan air masin dan ... urm dah tak ingat tajuk lagi kat belakang tu

dekat jeti

sorry gambar buruk. camera handphone je. tapi ini adalah jambatan

weeehoooo

bersama kakak saya: my extra baggage yang takut bila orang tu check attendance. haha

usaha menangkap kelip- kelip

hey kelip- kelip! the best we could capture. huhu. dia very camera shy tau. bila kena flash tak nak berkelip. also camera memang tak mampu nak tangkap its beauty
pemandangan dari bilik saya
eh eh ni cerita apa pulak ni? atas ni gambar kat bukit merah. i'm blogging from here. aku tengah bengkel ni. 3 hari. sigh.. aku nak cuti weiiiii!

kereta saya nun di bawah sana (bilik tingkat 8)

my home for the next 3 days..
till later people..

wedding bliss!

i finally got the will to blog about the two weddings on my last weekend. hehe. (dengan sabarnya saya transfer gambar satu demi satu okay). first up,

shibah and lihin (i'm sooo happy for her!)

pengantin posing sopan (perhatian, ini bukan karakter sebenar dia)


saya bersama shibah si pelari

lakonan semata


comel kan mereka?

katil yang sangat sweeeet..

selamat pengantin baru guys!

bersama sebahagian kotak mekap (kagum)

gumbira

tinggal 4 anak dara lagi
shibah's wedding was amazing. she was so happy. and we were happy to see her happy after so long. and this wedding is also a chance for reunion. our family of hell. the first meet-up after 3 long years. gembira jumpa kawan- kawan ahli keluarga neraka! sangat gembira! tapi takde gambar in my phone since aku dah tak tangkap gambar bila dorang datang. sebab aku posing je lepas tu. dorang yg tangkap gambar pulak. heheee
next...
noraini and fawwaz (percintaan matriks ke jinjang pelamin)
selamat sudah..

go green

sebelum noraini jadi puan

saya dan azni spreading the love

saya dan wahida blowing kisses

saya dan awa. peace? =)

ambil berkat! haha

walaupun aku dan wahida tersalah masjid pagi tu nasib sempat kejar jugak pergi masjid lagi satu. thank God taiping ni kecil je. hehe. ini pun best dapat jumpa geng2 lama. although.. erm.. (tak payah cite la sini. simpan je siapa2 yang tahu ok)
all in all, gembira tengok kawan- kawan kahwin. yang lain bila lagi? jangan lupa jemput ye..