20090824

Waktu rehat secara rasminya telah bermula 3 minit yang lalu. Tapi aku sebenarnya dah curi-curi main Internet 10 minit yang lalu. Selain itu,curi-curi tengok email dan blog orang lain jugak kadang-kadang. Ampunn... Hamba tertekan dan bosan dengan kerja in which i need something to de-stress. Tidak mengapa. Sendiri buat, sendiri tanggung dan sendiri tahulah bagaimana nak counter balik every action we took right?

I am so lucky berjaya ada speaker kat bilik ini (curi dari rakan bilik sebelah bila dia dah bertukar dan orang baru belum datang ganti lagi tempat dia). Bila ada speaker boleh juga Anuar Zain atau Duta atau sesiapa sahaja yang ada dalam playlist aku menemani ketika tensi. Tidak mengapa. Orang baru macam serius jenis tak suka dengar lagu saja (i guess). Tapi hari tu macam ada dengar bunyi lagu Faizal Tahir dari bilik dia (dia minat Faizal Tahir??). Hmm.. berjaya cari speaker baru kot. Tidak mengapa. Kita masih berkawan kan S walaupun aku curi speaker kat bilik kau tanpa pengetahuan kau?

Hari ini hari ketiga berpuasa. Hari pertama berjaya puasa di rumah dengan sihat separuh hari sahaja. Selebihnya pening yang teramat dan dihabiskan dengan tidur. Sempat belajar buat sos nasi ayam sahaja (awalnya berangan nak ambil resepi nasi ayam hebat mak). Hari kedua what a miracle! Tiada pening atau fatigue langsung sedangkan berjalan-jalan dengan Amar. Mungkin kegembiraan mendapat dua benda baru itu mengatasi segala-galanya (horray!). Hari ketiga ialah hari ini. Don't know yet how it will end. Setakat ini merasa okay sahaja. Perut ada juga menyanyi tapi volume perlahan lagi.

Am feeling sad. Hari pertama berbuka dengan nasi ayam hebat mak di rumah. Hari kedua berbuka dengan Amar kesayangan. Hari ketiga? Mestilah kena berbuka secara bujang. Tsk tsk

Itu cerita puasa. Cerita kerja kau tanya? Hmph. Tidak perlu kot membebankan fikiran fikir tentang kerja di masa rehat ini. Atau kejap lagi lepas habis blogging dah kembali ke dunia unit pening boleh fikir. Mesin perfume (tak tau apa nama sebenar dia) baru je berhembus mengeluarkan bauan lemon yang menyucuk hidung. Wangi sangat ni sampai ada potensi pening dan menahan nafas setiap kali dia hembus. Perlu buat sesuatu.

Sekarang ini ingin dinyatakan tidak sabar tunggu hari Rabu. Da di da...

0 ur say?: