20100629

Sejak aku berjinak-jinak pakai tudung jenis shawl ni, kalau try nak pakai tudung bawal/tudung biasa jenis kotak segiempat sama (iaitu tudung selain shawl panjang la) mesti jadi susah. Susah tu maksudnya nanti saje jela kan tudung tu tak boleh shape la, dah tak reti nak susun baki tudung kat depan tu dan lain-lain hal lagi.

Aku memang suka pakai shawl ni sebab tak payah nak pike tudung tak shape ke hape. Letak je kat kepala tu nah amik ko melekat tros. Tak kisah la orang kata muka aku bulat ke bujur ke petak tepak sireh ke janji senang. Kadang2 tudung tak payah gosok pun. Capai je boleh tros lilit. Everything in life should be as simple as that kan? Lagi satu kalo angin bertiup sekencang ribut taufan el-nina mesti tudung aku mantain statik takkan terbang punyalah. Dahlah design cantik2 menawan harganya semurah RM10 satu. Murah kan kan? Kan? Memang durjana penipu harga RM10 tu sebab dia memang mendorong aku borong banyak dalam sekali beli. Sebab dalam minda pike "Ala.. 10ringgit je pun kan? what de hal". Memang what the $%^#.

Staff ofis ade yang kata tak payah la pakai tudung bawal. Nampak pelik muka aku. Kat ofis ni aku je yang pakai shawl nih setakat ni. Trendsetter ke?? Haha. Except ada sorang dua budak praktikal ni. Yang lain glamour dengan tudung sinetron (awning kat depan) yang aku still belum ada minat nak apply konsep tu dalam pemakaian tudung aku. Tapi dah berangan nikah kahwin nanti nak pakai. Hehe. Ada jugak yang tanya2 camne Cik Mai lilit tudung ni? Susah ke? Siap ade yang cakap "alaa.. dah habis. tak sempat" bila time dia masuk surau aku dah siap pakai tudung (Dia tak sempat nak belajar. Wow! Layakkah aku jadi cikgu? Murid2 sekalian. Haip haip. Lilit betul2). Tahukah kakak2 sekalian, aku main pusing ikut sedap je benda ni. Hehe.

Sekarang ni ade plak fashion anak tudung syria. Macam-macam kaler, macam-macam lapis sampai lima sepuluh lapis. Aku baru nak mula kumpul. Dulu tak nak pakai sebab rasa muka macam lagi bulat bila pakai tapi then kakak aku kata "Hang ingat pakai shawl tu muka hang tak bulat ke?" Dasss.. kena satu ayat pedas. Heheh. Fine, aku tau muka aku memang bulat.

Kesimpulannya? Pakai je apa ko nak. Yang penting confident! :)

Entry ini tercipta sebab hari ni aku pakai tudung bawal. Dia tak shape. Dia bersepah kat depan walaupun dah cuba pin se'neat' mungkin. Dia membuatkan aku lambat keluar rumah, tekan minyak kereta macam madness dan sampai ofis cun2 kol8. Fuh. Patutkah aku say babai to bawal?

4 ur say?:

ad|haw33da said...

rasanya u lagik sesuai pakai shawl. nampak elegan dr u pakai tudung bawal. ni pengakuan ikhlas seorang sahabat.

btol kata kakak u. hakikatnya tak kesah la u pkai tudung camne pun, muka u tetap bulat. yg penting confidence tinggi biler menggayakannya..


***lamer giler tak buka blog.

mysenoir said...

kat atas u puji tapi kat bawah u kata muka bulat ye? jawapan selamat. hehe

~maiefa said...

haah, btol kata kakak u tu. nape sume org paranoia dgn muka bulat? bukankah muka kite mmg bulat. muka u bulat tp comel. dont worry. keep up the confidence babe. haha.

mysenoir said...

haha. fine si muka bulat