kali ni aku akan cuba tulis blog ni pure Bahasa Malaysia. yang formal, skema pny bahasa ye oleh kerana pe aku nk cite ni bersifat, hmm.. bersifat pe eh. skema kot. haha. okay. here goes..
semenjak aku menjadi salah seorang anggota perkhidmatan awam, yakni bekerja dengan kerajaan, agak banyak perkara telah aku lalui. namun belum cukup untuk mematangkan diri, untuk aku mendabik dada berbangga mengatakan aku sudah mahir dengan selok belok pekerjaan aku. aku masih dalam proses pembelajaran dan perjalanan aku masih sangat panjang.
dengan pekerjaan aku sekarang ini, keperluan untuk mengambil tahu mengenai isu- isu semasa dan peka dengan perkembangan sekeliling sangatlah penting. untuk tidak dikatakan seperti katak di bawah tempurung. jika suatu masa dahulu, apabila membaca suratkhabar, hanya bahagian hiburan yang aku tumpukan. namun sekarang ini, semua bahagian perlu dibelek, perlu dibaca dan tidak boleh diselak sahaja seperti dahulu
dahulu juga, sekiranya rakyat atau orang ramai menyuarakan ketidakpuasan hati mereka tentang perkhidmatan awam yang lambat, tidak efisien dan pelbagai lagi perkara yang buruk, aku tidak pernah ambil pusing. tidak pernah menyertai kutukan- kutukan mereka itu, tidak juga menafikan. namun, apabila diri aku sendiri berada dalam kerajaan, aku dapat melihat dan merasakan sendiri situasi kelembapan itu. tetapi, percakapan orang yang di luar tidak menggambarkan perkara yang sebenar.
memang diakui isu lambat menyelesaikan kerja itu memang terjadi tetapi bukanlah berpunca dari seorang individu sahaja. walaupun tidak dinafikan terdapat pegawai perkhidmatan awam yang culas dan tidak cekap, namun hakikatnya kita bekerja sebagai satu pasukan di mana setiap pihak bergantung di antara satu sama lain. untuk menyelesaikan sesuatu masalah, terdapat pelbagai peringkat dan proses yang perlu dilalui yang mana kadang kala apabila tergantung di satu peringkat akan menyebabkan kerja itu tergendala. keadaan ini berlaku di semua pentadbiran terutama sekali di pentadbiran peringkat daerah.
aaa.. penatnya nak menaip dalam full bm nih. pusing kepala otak nak susun ayat. tak nak sambung dah la. huhu. but not bad kan aku pny karangan considering it had been such a long time since i last wrote any real essay in bm
dont get me wrong. bukanla nak ckp aku ni tak reti bm. in fact, i speak excellent bm! (i think) tapi bile part2 nak mengarang ni, aduhhh.. lemah sangat. aku terpike bnd ni ble time keje sekarang ni nak mengarang surat sket pny payah aku nk pke ayat. nak wat minit yg pendek pun nak kne draf dulu. ko pe kes mai? nape rusty sgt your writing skill ni? ish3.
slalunye in terms of writing, i prefer writing in english. tak tau la nape. maybe dgn harapan bleh improve writing skills, grammars and vocab kot. tapi english biasa lah. kalau karangan macam fakta bukan takat english, bm pn aku fail! haha. ms skolah dulu pun homework karangan tak penahnye siap kat umah. buat intro sket, 1-2 perenggan then kt skolah bile awa da kutip homework orang lain, aku akan bukak, curik point or ayat sket2 and wat karangan aku plak. haha. mintak maap kawan2 5sains1. halalkan pape yang aku penah copy =P musykil jugak mcm mane bm spm aku bleh dapat 1. hmm..
20080529
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
3 ur say?:
oho.. i really like dis entry. eh, terkuar omputih lak. mb i shul leave a comment in formal BM like yours..
Memang terasa lelah hendak habiskan tiga perenggan pertama. Tidak terlambat sekiranya saya ingin mengucapkan taniah di atas kejayaan anda untuk menulis dalam Bahasa Malaysia lengkap seperti di atas. Taniah. Usaha tangga kejayaan. Kita selalu mendapati ramai orang gemar menulis blog mereka dalam Bahasa Inggeris untuk mempertingkatkan penguasaan Bahasa Inggeris. Jarang kita melihat individu yang menulis dalam Bahasa Ibunda kita secara lengkap. Satu percubaan yg bagus.
Owh... Cukup la I plak menggunakan bahasa baku. rs cam kejang tgn nak menaip. Ehehehe... isi kandungan dlm entry kali nih terasa cam gatal je tgn nak mengomen. terutama skali psl kelewatan kakitangan awam wat keje. isk2.. mmg sakit ati. dah pernah rasa. tp tuh la. kerana nila setitik. rosak susu sebelangga. kerana salah 1 org yg lembap wat keje, abeh satu pasukan dah kene perlekeh. any suggestion to improve the services?? ececeh... terasa mcm u gi intvw keje lagik skali ek???
*** hv to stop writting. kang elok je i tmbh lagik satu post dlm post u nih. nih pun dah pjg berkerat2. ehehe...
+++lagik poin nak tmbh. i suka bab imbas kembali tu. cherish all those sweet memories together. ececeh...
kali ni btol i akan stop.
thanx...
penat kn nk gune full bm. i tau blog sape yg pakai bm agak full. tun dr mahathir! hehe
soalan u tu i malas a nk jwb. cara keje warisan ni susah sngat nk ubah. mcm bos i slalu perli tepeng bandar warisan. so cr keje pn warisan la jgak. baru ngam. haha
yg flashback tu i da penat gelak ngan awa ms p penang ari tu. ehehe
uwaaa... i miss that. korg bergelak sakan biler imbas kembali. isk2... tp best kan dpt imbas blk zaman2 muda remaja dahulu kala. muahahah... skang pun muda lagik.cumer dah tak baper nak remaja. maintain muda selalu. kihkihkih...
Post a Comment